Ahad, 31 Julai 2011

Mimi Si Meow

Hari ni Mimi Si Meow, selamat melahirkan 3 ekor anaknya. Nak beranak pun pilih tempat. Tak mau kat luar rumah. Apa klas beranak kat luar!!!. (tu la kut yg Mimi SiMeow tu kata agaknya). Boleh pulak tunjukkan tempat yang dipilih.  


Pilihan Mimi SiMeow untuk melahirkan anaknya ialah dalam bilik tidur belakang. Wad Kelas Satu lah tu. Dah dialih pun tak mau. Nk jugak masuk bilik tu. Akhirnya terpaksa jugak benarkan beranak dalam bilik tu. Tapi dalam sangkar kucing.


Kucing pun kalau dah biasa diajar hidup dalam keselesaan pun boleh lupa diri. Terfikir jugak, manusia ni pun kalau dah terbiasa hidup dalam keadaan selesa pun boleh lupa jugak. Kita selesa, kita lupa ramai disekeliling kita yang sengsara. Kita kadangkala lupa atau kadang kala malas nk fikirkan pasal sengsara orang lain. Mungkin takut pun ada. Manalah tau kut-kut nanti bila dah sibuk duk fikirkan pasal sengsara orang lain, kita pulak yang terkeluar dari Zon Selesa kita. Alahai... manusia..manusia....


Mimi SiMeow sebelum melahirkan

Mimi SiMeow dan anak-anaknya. Terpaksa duduk dlm kotak sementara sangkar dibersihkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan