Bila Mixer Tidak Berbunyi......
Spatula Pula Tak Akan Menari.....
Nak masak apa ye?. Lauk moden-moden rasanya macam tak mau. Teringin nk makan Ayam Golek. Ayam Golek resepi Ibunda tercinta rasanya yang paling sedap didunia. Masakan Mak kita sendiri, tentulah kita kata sedap. Ye dak?.
Ni ayam golek Terengganu. Lebih kurang macam Kelantan jugaklah. Sedap kalau makan ngan nasi putih atau nasi minyak.
Resepi Ayam Golek
Bahan-bahan
Ayam 1 ekor (potong 4 atau 8)
Santan 1/2 kg
*Bawang Merah 10 biji
*Bawang Besar 2 - 3 biji
*Bawang Putih 2 ulas
*Cabai Kering 10 - 12 tangkai
*Kunyit 1/4 inci
*Halia 1/4 inci
Halba 1/2 sudu kecik
Serai 3 batang(dititik)
Belacan sikit
Air Asam Jawa 1 sudu makan
Garam
Serbuk Perasa
Cara Membuat
Bersihkan ayam. Blenderkan semua bahan yang bertanda (*). Masukkan ayam kedalam kuali yang besar. Masukkan semua bahan yang diblender tadi kedalam kuali ayam. Masukkan santan, serai, belacan dan halba. Tambahkan garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Masak ayam hingga separuh masak. Alihkan ayam dari kuali. Bakar ayam ini hingga masak menggunakan arang. Semasa proses membakar ini kita siramkan kuah ayam diatas ayam yang dibakar. Buatlah 2 atau 3 kali semasa proses membakar.
Untuk kuah tadi, kita masak hingga pekat. Bila dah masak, bolehlah kita siramkan sedikit kuah tu kat atas ayam. Yang selebihnya boleh kita makan nasi dengan kuah ayam golek tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan