Ahad, 31 Julai 2011

Mimi Si Meow

Hari ni Mimi Si Meow, selamat melahirkan 3 ekor anaknya. Nak beranak pun pilih tempat. Tak mau kat luar rumah. Apa klas beranak kat luar!!!. (tu la kut yg Mimi SiMeow tu kata agaknya). Boleh pulak tunjukkan tempat yang dipilih.  


Pilihan Mimi SiMeow untuk melahirkan anaknya ialah dalam bilik tidur belakang. Wad Kelas Satu lah tu. Dah dialih pun tak mau. Nk jugak masuk bilik tu. Akhirnya terpaksa jugak benarkan beranak dalam bilik tu. Tapi dalam sangkar kucing.


Kucing pun kalau dah biasa diajar hidup dalam keselesaan pun boleh lupa diri. Terfikir jugak, manusia ni pun kalau dah terbiasa hidup dalam keadaan selesa pun boleh lupa jugak. Kita selesa, kita lupa ramai disekeliling kita yang sengsara. Kita kadangkala lupa atau kadang kala malas nk fikirkan pasal sengsara orang lain. Mungkin takut pun ada. Manalah tau kut-kut nanti bila dah sibuk duk fikirkan pasal sengsara orang lain, kita pulak yang terkeluar dari Zon Selesa kita. Alahai... manusia..manusia....


Mimi SiMeow sebelum melahirkan

Mimi SiMeow dan anak-anaknya. Terpaksa duduk dlm kotak sementara sangkar dibersihkan.
Adunan Serasi...
Bila Mixer Berbunyi.....

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Bersyukur kepada Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk menyambut Ramadan tahun ini, InsyaAllah.


Nak sahur nanti makan apa?. Nasi putih, Sambal Bilis, Telur Masin. Ok tak?. 

Sabtu, 30 Julai 2011

Cup Cake

Bila Mixer Berbunyi....
Spatula Pun Menari.....

Cup Cake pelbagai perisa. Cup size 8. Sesuai dijadikan sebagai buah tangan untuk sebarang majlis keraian.





Muffin Pisang

Bila Mixer Berbunyi....
Spatula Pun Menari.....

Time bakar muffin pisang paling seronok. Bau wangi muffin pisang tu sangat menusuk kedalam hidung, sampai tembus ke perut. Bikin lapar dibuatnya. Tak sabar nk tunggu masak.


Muffin Pisang - masih dalam oven lagi ni. Tungguuu...

Dah masak, tapi masih panas lagi

Okey... Dah siap muffin pisangnya

Cup Cake Kecik Comey

Bila Mixer Berbunyi....
Spatula Pun Menari.....


Cup Cake Kecik Comey ni ada pelbagai perisa.  Perisa Oren, Blueberry, Strawberry, Pandan, Kopi, Koko, Capucino dan jugak Vanila. Amat sesuai untuk dijadikan buah tangan untuk apa saja majlis keraian. 

Cup Cake Kecik Comey Pelbagai Perisa


Siap bungkus

Kek Buah

Bila Mixer Berbunyi....
Spatula Pun Menari.....

Kek Buah



Kek Buah

Cup Cake - Buttercream Icing

Bila Spatula Berbunyi....
Mixer Pun Menari.....

Cup Cake Upin dan Ipin. Sesuai untuk budak-budak, Mak Budak dan Bapak Budak yang sukakan karektor Upin dan Ipin ni.


Kek Kukus Buah-buahan

Bila Mixer Berbunyi....
Spatula Pun Menari.....

Kek Kukus Buah-buahan. Resepi dari Ibunda tercinta. Penuh dengan buah-buahan campuran.



Red Velvet Cake

Bila Mixer Berbunyi....
Spatula Pun Menari.....


Red Velvet Cake

Red Velvet Cake-Cream Cheese Frosting

Ni lah rupanya Red Velvet Cake yang dipotong. Kan merah warnanya. 


Chocolate Muffin

Bila Mixer Berbunyi....
Spatula Pun Menari.....

Chocolate Muffin

Chocolate Muffin 

Dah dibungkus

Dah dibungkus

Frozen Kemosa

Bila Mixer Berbunyi....
Spatula Pun Menari.....

Makanan tradisional orang Terengganu, Kemosa namanya. Rupa macam karipap. Yang berbeza adalah intinya. Inti kemosa dibuat dari ikan. Rasanya lemak dan ada pedas skit je sebab intinya ada campur dengan sedikit lada hitam. Kira mcm pedas-pedas manja gitu. Kalau dah jemu makan karipap inti daging bolehlah ubah selera. Apa kata kalau try Kemosa plak.


Kemosa 

Frozen Kemosa

1 pack - 10 biji kemosa

Chocolate Cup Cake

Bila Mixer Berbunyi....
Spatula Pun Menari.....

Chocolate Cup Cake
Chocolate Cup Cake-Topping Buttercream icing

Rabu, 27 Julai 2011

Cup Cake

Bila Mixer Berbunyi......
Spatula Pun Menari.....
Cup cake
Dah dipacking
 
Siap dah..

Selasa, 26 Julai 2011

Ayam Golek

Bila Mixer Tidak Berbunyi......
Spatula Pula Tak Akan Menari.....

Nak masak apa ye?. Lauk moden-moden rasanya macam tak mau. Teringin nk makan Ayam Golek. Ayam Golek resepi Ibunda tercinta rasanya yang paling sedap didunia. Masakan Mak kita sendiri, tentulah kita kata sedap. Ye dak?.

Ni ayam golek Terengganu. Lebih kurang macam Kelantan jugaklah. Sedap kalau makan ngan nasi putih atau nasi minyak.

Resepi Ayam Golek
Bahan-bahan
Ayam            1 ekor (potong 4 atau 8)
Santan           1/2 kg
*Bawang Merah     10 biji
*Bawang Besar       2 - 3 biji
*Bawang Putih         2 ulas
*Cabai Kering          10 - 12 tangkai
*Kunyit                    1/4 inci
*Halia                       1/4 inci
Halba                      1/2 sudu kecik
Serai                        3 batang(dititik)
Belacan                    sikit
Air Asam Jawa         1 sudu makan
Garam              
Serbuk Perasa

Cara Membuat
Bersihkan ayam. Blenderkan semua bahan yang bertanda (*). Masukkan ayam kedalam kuali yang besar. Masukkan semua bahan yang diblender tadi kedalam kuali ayam. Masukkan santan, serai, belacan dan halba. Tambahkan garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Masak ayam hingga separuh masak. Alihkan ayam dari kuali. Bakar ayam ini hingga masak menggunakan arang. Semasa proses membakar ini kita siramkan kuah ayam diatas ayam yang dibakar. Buatlah 2 atau 3 kali semasa proses membakar.
Untuk kuah tadi, kita masak hingga pekat. Bila dah masak, bolehlah kita siramkan sedikit kuah tu kat atas ayam. Yang selebihnya boleh kita makan nasi dengan kuah ayam golek tu.


Blueberry Cheese Tart

Bila Mixer Berbunyi.....
Spatula Pun Menari....

Blueberry Cheese Tart

Apam Gula Hangus

Bila Mixer Berbunyi...
Spatula Pun Menari.... 

Apam Gula Hangus

Choc Moist

Bila Mixer Berbunyi...
Spatula Pun Menari....
Choc Moist Cake

Choc Moist Cake

Isnin, 25 Julai 2011

Sambal Bilis Kering dgn Petai

Cukup tak sampai bulan puasa? Soalan dari En. Suami..

Rasa-rasa cukup tak?

Adunan Serasi.. Bila Mixer Berbunyi......

Bila mixerku berbunyi...
Hampir pasti akan ada yang akan memunculkan diri.
Bertanyakan soalan itu dan ini.
Tapi yang pasti, insan-insan inilah yang akan jadi mangsaku nanti....
Siapa dia??

Dah Tentulah Encik Suami n Encik Anak Lelaki...
Adunan Serasi Kami.

Baru Bermula

Alahai...
Terkial-kial bila first time buat blog ni. Orang lain dah pun kemana-mana dengan blog masing-masing, yang kita ni masih lagi duk haru-biru pikirkan macam mana nak buat. Takpelah, mula-mula belajar, mcm tu la.

Nak letak apa ye kt sini. Idea tu banyak, tapi tak tau la blh dipraktikkan atau tak. Tak pe. Kita cuba dulu.